
Naib Presiden Pas, Dato' Paduka Husam Musa berkata, "Hasrat beliau (Najib) untuk menjadi PM selepas Mesyuarat Agong Umno yang akan bermula pada 24 hingga 28 Mac ini. Namun peralihan kuasa ini dapat disekat. Agenda kita yang pertama ialah di 3 PRK iaitu di Batang Ai, Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Kalau kita boleh menang di 3 tempat ini, semua parti dalam BN 'laris' untuk berjumpa dengan PR. Setiap daripada kita mesti ada tugasan dalam PRK ini, jangan duduk dengar forum ini, balik rumah, minum kopi dan sebagainya dah lupa".
Beliau berkata demikian dalam satu forum yang bertajuk Forum Kupasan Intelektual Krisis Perlembagaan Perak & Malaysia diadakan di Masjid An-Nur Bandar Baru Bangi yang turut dihadiri oleh Prof. Dr. Aziz Bari dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Puad Zarkashi.
No comments:
Post a Comment