
Walaupun masih belum mengumumkan calonnya bagi pilihan raya kecil itu, PKR, di bawah pimpinan penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku ketua badan perhubungan PKR Sarawak, telah cuba meraih sokongan pengundi dengan menjelaskan kepada mereka mengenai isu hak tanah adat, hak kaum Dayak dan pembangunan sosio-ekonomi.
PR boleh menaruh harapan kemenangan bakal memihak kepada mereka kerana baru2 ini, Ahli Parlimen dari Sabah dan Serawak telah menunjukkan sikap yang 'begitu tidak berpuas hati' dengan kerajaan pusat yang bagi mereka hanya pandai menabur janji semata-mata. Salah seorang dari mereka dengan tegas mengatakan Sabah dan Serawak bakal dilanda tsunami politik sekiranya pihak kerajaan pusat masih dengan cara yang lama.
Dalam pilihan raya negeri Mei 2006, apabila Dublin menewaskan Nicholas Bawin Anggat dari Parti Nasional Sarawak (SNAP) dengan majoriti tipis 806 undi, dikatakan kemerosotan majoriti itu akibat undi protes oleh penyokong BN sendiri, yang didakwa tidak puas hati dengan cara jentera BN diuruskan.
Disebalik pelbagai spekulasi mengenai Bawin, presiden penaja Kongres Dayak Malaysia (MDC) yang masih belum didaftarkan, yang merupakan tokoh berpengaruh di Batang Ai, satu lagi faktor yang dipercayai menjadi puncanya ialah akibat serangan peribadi yang dilemparkan terhadap penyandang, serta krisis dalaman kepimpinan PRS.
Pada kali ini, Bawin, yang kini ialah pengerusi PKR Batang Ai, dan bekas anggota Parlimen Lubok Antu selama lima penggal Jawah Gerang, yang baru2 ini menyertai PKR, menjadi tumpuan kerana seorang daripada mereka dispekulasi akan dipilih untuk menentang BN.
No comments:
Post a Comment