" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

19 March 2009

Adnan Tidak Akan Letak Jawatan!

Adnan Yaakob(MB Pahang) menegaskan bahawa beliau tidak akan mengendahkan desakan Umno Bahagian Paya Besar supaya beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang selepas empat pemimpin Umno bahagian itu didapati melanggar Tata Etika Ahli.

Adnan berkata, "Saya akan letak jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang jika dia(Ahmad Tajuddin) menjadi Presiden Umno...esok dia jadi presiden Umno, lusa saya letak jawatan kerana yang melantik Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri ialah Presiden Umno.

Mengenai tuduhan saya yang menjadi dalang, itu satu tuduhan palsu dari orang yang kecewa kerana tidak dipilih sebagai calon pilihan raya kerana saya tidak mencampuri urusan pemilihan bahagian Paya Besar di mana saya tidak berjumpa atau berhubung, jauh sekali menolong mana2 pihak yang terlibat dalam pemilihan bahagian itu.

Saya mahu mengajak beliau bermuhabalah di masjid negeri pada satu tarikh dan masa yang dipersetujui bersama. Dia boleh menuduh saya jadi dalang dan saya akan menafikannya dan dia boleh bawa seberapa ramai saksi yang dia boleh upah."

yeols: adoii...., dah sampai ketahap cabar bermuhabalah. Sah !!! UMNO sekarang dah semakin bercelaru... Kalau macam ni, cepat2lah yang mana2 dah terasa akan andaian ini sebelum terlambat.... PR sentiasa membuka pintu untuk golongan2 yang insaf..., demi untuk kebaikan negara kita....

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA