" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

13 March 2009

Usul gantung Gobind Selama 1 Tahun?

Teks lengkap usul berkenaan:

Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:

Bahawa pada 12 Mac 2009, Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo, ahli parlimen kawasan Puchong semasa perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang2 Perbekalan Tambahan (2009) 2009 telah mengeluarkan kenyataan2 yang mendakwa YAB Timbalan Perdana Menteri, Ahli Parlimen kawasan Pekan terlibat dalam kes pembunuhan.

Bahawa Yang Berhormat ahli parlimen kawasan Puchong juga telah mengeluarkan kenyataan2 yang menghina Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat setelah diperintah keluar Dewan.

Dan bahawa kenyataan2 yang dibuat oleh Yang Berhormat ahli parlimen kawasan Puchong adalah merupakan satu dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai ahli parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini.

Maka inilah dipersetujui bahawa Yang Berhormat ahli parlimen kawasan Puchong hendaklah digantung tugas dari jawatannya sebagai ahli parlimen selama dua belas (12) bulan dari tarikh keputusan usul ini diluluskan.

Dalam masa penggantungan ini Yang Berhormat ahli parlimen kawasan Puchong tidak akan dibayar kesemua bayaran elaun dankemudahan sebagai seorang Ahli Parlimen.

yeols: hebat betul Ahli2 Parlimen BN nihh.... Sang pemimpin patut dibela sehingga titisan darah yang terakhir... Yang lebih penting, sang pemimpin ini akan dinobatkan sebagai PM Malaysia.... Maka masing2 sibuk untuk menunjukkan kesetiaan mereka kepada sang pemimpin ini. Oleh kerana itu, sang pemimpin ini 'wajib' dibela tanpa meneliti apakah sebenarnya yang berlaku hingga menyebabkan 'Puchong' ini berkelakuan sedemikian?

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA