Budaya Malaysia amalan UMNO/BN tidak lagi menjadi kesalahan atau dipandang hina mereka yang berbohong, menipu, merompak waima membunuh sekalipun. Mereka yang berada digerbang kekuasaan yang terlibat dalam kegiatan yang satu masa dulu dianggap salah dan dipandang hina oleh masyarakat, hari ini perbuatan yang sama telah dihalalkan malah didaulatkan oleh kerajaan UMNO/BN.

Saya amat yakin jutaan rakyat di alam ini yang sukar untuk tidak mempercayai bahawa Najib Razak dan isterinya terlibat secara langsung dalam amalan jijik dan hina yang diperkatakan secara meluas oleh rakyat Malaysia khasnya.
Malangnya budaya kepimpinan negara tidak lagi memandang pertuduhan membunuh sebagai sesuatu yang perlu disiasat sekiranya ia dilakukan oleh pemimpin UMNO. Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor dikaitkan secara langsung samada atas dasar mengetahui, merestui, membenarkan, bersubahat atau melakukannya dalam kes pembunuhan Altantuya Shariibuu.
Amat mendukacita dan memalukan setelah puluhan malahan mungkin beratus laporan polis, kenyataan akhbar, sidang media, akuan bersumpah, ceramah umum, penulisan di laman web dan blog yang mendedahkan keterlibatan sepasang suami isteri yang bernama Najib Razak dan Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan ini tidak ada siasatan yang adil dan telus yang dilakukan terhadap mereka berdua.
Malaysia hari ini.....
Orang yang dilaporkan melakukan pembunuhan tidak disiasat, tetapi orang yang melaporkan kesalahan tersebut yang disiasat malahan didakwa. Orang yang dilaporkan terlibat dalam kes rasuah tidak disiasat (sekiranya yang didakwa itu pemimpin UMNO) sebaliknya orang yang membuat laporan pula yang akan ditangkap, disiasat, didakwa dan dipenjarakan. Undang-undang jenis apa yang sedang diamalkan oleh kerajaan UMNO/BN sekarang ini?
Sejak terjadinya peristiwa malang ke atas DSAI yang telah dibelasah secara kejam dan zalim oleh manusia sial dan celaka bernama Rahim Nor dan digerak-aturkan oleh pertualang2 dan perosak budaya bangsa, sehingga ke hari ini tiada satupun tindakan ke arah memulihkan keadilan dipratikkan oleh kerajaan UMNO/BN secara jujur terhadap peristiwa tersebut.
(Kerajaan Rakyat)
No comments:
Post a Comment