
Kalau difikir dengan kebodohan mereka yang masih mempertahankan

Mereka mengatakan Persatuan Pemuda Negara(pemuda negara mana?) dan pertubuhan NGO(pertubuhan NGO mana?) yang mereka maksudkan ini? Kalau nak dibandingkan dengan demonstrasi 7 Mac baru2 ini, jauh langit dengan bumi.
Kita dapat menilai, mana satu yang mewakili 'rakyat Malaysia' dan mana satu yang mengampu sang penguasa.. Dibawah ini membuktikan lagi pihak2 berkenaan masih mahu mempertahankan sistem ini......
"PPSMI perlu diteruskan dan kerajaan tidak seharusnya membazirkan sumber kewangannya dengan kembali kepada sistem lama yang tidak membantu pelajar menguasai bahasa Inggeris. Itulah antara hasil rumusan dialog mengenai PPSMI anjuran Persatuan Pemuda Negara yang dihadiri siswazah serta pertubuhan NGO di sini, Sabtu.
Dialog itu turut merumuskan bahawa PPSMI adalah wadah terbaik bagi seseorang pelajar itu menguasai bahasa Inggeris selain mampu mendalami ilmu Sains dan Matematik dalam bahasa yang diguna di peringkat antarabangsa.
Presiden Persatuan Pemuda Negara Stephen Doss berkata setelah pelbagai usaha dilakukan untuk memastikan kejayaan PPSMI, adalah tidak wajar jika ia dibatalkan hanya kerana terdapat beberapa bantahan daripada pihak tertentu.
Sehubungan itu, satu memorandum mengenai rumusan dialog itu akan diserah kepada Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein (menteri yang dilaungkan pejuang melayu) sebelum Perhimpunan Agung Umno ini."
Perisik Rakyat: Kalau kita lihat kat berita macam persatuan yang ahlinya tidak sampai 100 orang. Dia kata mewakili graduan dalam dan luar negara. Saya tak nampak persatuan ini disebut-sebut di mana2 universiti tempatan bahkan dalam perbincangan makan malam seminar aplikasi sains dan matematik kebangsaan ramai pensyarah mempertikaikan penggunaan BI dalam sains dan matematik kerana ianya tidak mengembangkan penggunaan ayat.
Yang kedua jika perhatikan pengumuman daripada pengarah pelajaran yang mengatakan peningkatan calon2 SPM menjawab dalam BI untuk matapelajaran matematik, matematik tambahan dan fizik tetapi tidak kimia dan biologi. Ini disebabkan matematik, matematik tambahan dan fizik hanyalah menggunakan persamaan dan terbitan persamaan yang mana perkataan BI yang paling kerap digunakan adalah where, when, and, after, by dan lain2 lagi sedangkan untuk kimia dan biologi mereka perlu membuat ayat atau paling mudah jawapan dalam bentuk ayat.
Adakah penggunaan BI ini berkesan secara nyata?
No comments:
Post a Comment