

Salahuddin Ayub (Ahli Parlimen Kubang Kerian) merangkap Ketua Dewan Pemuda Pas berkata, "Pas menyokong gesaan Tun Dr Mahathir (TDM) dan berharap Kabinet baru nanti akan bebas daripada elemen rasuah. Namun sebelum Najib melantik ahli Kabinet baru, beliau sendiri perlu bebas daripada amalan rasuah.
Saya berharap agar SPRM tidak bersikap 'pilih kasih' dalam melakukan siasatan, sebaliknya memastikan setiap individu2 yang melakukan rasuah akan dihadap ke muka pengadilan walaupun ianya melibatkan pemimpin2 kerajaan".
Manakala Tian Chua (Ahli Parlimen Batu) merangkap Ketua Penerangan PKR pula berkata, "isu rasuah hanya boleh dibanteras sepenuhnya sekiranya ahli Kabinet yang dilantik daripada kalangan yang benar2 bersih daripada gejala tersebut. Gejala rasuah perlu dibanteras dari peringkat akar umbi dan pemimpin tertinggi perlu bebas daripada amalan terbabit. Namun begitu, saya tidak nampak langkah yang telah diambil oleh UMNO dalam membanteras rasuah".
No comments:
Post a Comment