Saingan dalam merebut jawatan 'wajib di serang' sehebat-hebatnya. Ketika ini, mereka sudah tak mengenal samada saingan itu adik-beradik, sahabat ataupun sebaliknya. Yang penting sekali, kemenangan........
Ini adalah buktinya. Khir Toyo mendakwa beliau di sabotaj dalam usaha beliau untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Siapa yang dimaksudkan oleh Khir Toyo menggunakan 'instrumen PKR' untuk menjatuhkan beliau dalam pemilihan akan datang?
Media hari ini memaparkan rintihan Bekas MB Selangor yang mengatakan bahawa usaha memburuk-burukkan beliau hari ini dimainkan oleh parti lawan turut mendapat sokongan dari mereka dalam UMNO yang berusaha mahu menghalang beliau untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO. Siapa yang dimaksudkan oleh Khir Toyo? Yang kita nampak, hanya 2 individu iaitu Mukhriz dan Khairy.
Kalau nak kata Mukhriz tidak berapa tepat. Ini kerana Khir juga adalah pendokong (pengikut sampai kemati) Dr Mahathir (Che Det). Kalau Khairy ada logiknya juga. Betul ke Khairy yang dimaksudkan oleh beliau? Baru2 ini beliau turut mencabar mereka yang mendedahkan keburukan beliau (skandal rasuah) agar membuat laporan kepada SPRM.
Mungkinkah Khir Toyo ni dah nyanyok? Berapa report dah yang telah dibuat keatas beliau? Masaalahnya dinegara kita nih.., siasatan wajib dilakukan atas 'individu2 terpilih' sahaja. Ataupun ini adalah sebahagian dari cara Khir Toyo berpolitik ataupun sebagai satu 'gimik' kerana beliau tahu usaha untuk merebut Ketua Pemuda UMNO sudah seakan pudar?
No comments:
Post a Comment