" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

15 March 2009

TGNA Membantah Tubuh Kerajaan Campuran

UPDATE: Sebelum ini telah timbul isu penggabungan UMNO dan PAS. Sekarang nampaknya isu ini telah diperdendangkan lagi. Siapa sebenarnya yang mahukan penubuhan kerajaan campuran ini?

Adakah dengan lahirnya kerajaan campuran ini maka selesailah segala permasaalahan dalam negara kita? Sanggupkah PAS dipermainkan lagi oleh pendusta2 yang telah dilahirkan dalam UMNO?

Apa akan jadi sekiranya negara ini tanpa pembangkang? Adakah ianya akan mendatangkan kebaikan atau sebaliknya? Berikut adalah pendapat dari Tok Guru Nik Aziz (TGNA) berkenaan dengan isu ini.

Tok Guru Nik Aziz (TGNA) Mursyidul Am PAS
PAS pernah berada dalam kerajaan campuran BN sebelum kami berpisah daripada kerajaan pakatan itu dan telah merasa sendiri pahit manis ketika bersama. Kami sudah cuba masuk dalam kerajaan campuran dulu tapi BN tidak hargai. Cubaan kami masuk dulu gagal, ianya gagal bukan kerana kami, 'saya sudah serik'.

Selagi saya tidak puas hati, saya rasa pahit untuk menerima cadangan itu. Pandangan ini adalah pendapat peribadi saya dan cadangan ini akan diperhalusi pada Muktamar Tahunan PAS pada Jun nanti.

Cadangan kerajaan campuran atau pakatan dengan Umno 'tidak perlu' kerana Najib yang tak lama lagi akan menjadi PM telah mencetuskan isu 'rampasan kuasa' di Perak.

yeols: Kerajaan campuran antara BN dan PAS atau PR tidak harus dibincangkan sama sekali. Kepada pemimpin PR, DSAI khasnya, saya harap dapat ingatkan barisan pimpinan agar jangan buang masa dengan polemik seperti ini. Tumpuan mesti diberikan kepada memperkukuhkan persefahaman antara rakan dalam PR.

UMNO/BN hanya ingin berbincanag dengan lawan politiknya semasa mereka dalam keadaan tersepit. Mereka akan melemahkan dan menjahanamkan kita apabila kita terleka dengan umpan politik mereka.

Rakyat tidak akan memaafkan pemimpin Pakatan Rakyat jika kalian terleka dengan mainan politik kotor dan jijik yang digendangkan oleh UMNO/BN. Ingatlah wahai pemimpin Pakatan Rakyat, rakyat telah menolak UMNO/BN secara total. Matlamat dan usaha rakyat sekarang adalah memastikan UMNO/BN tumpas secara mutlak dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA