" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

15 March 2009

Amanat Tok Iskandar Untuk Menghadapi 3 Pilihanraya

Menjelang PRK di Bukit Gantang, Selambau dan Batang Ai, petugas2 PR perlu bekerja keras dan mengembeling tenaga kerana bukan mudah nak menang kerana kita akan berdepan dengan seluruh jentera kerajaan UMNO-BN dan juga menteri pasola dan hulubalangnya dari negeri Pasir Dua Butir.

Kata2 Tun Dr Mahathir tentang krisis di negeri Pasir Dua Butir yang disifatkannya tak ikut undang-undang bolehlah dijadikan bahan kempen kita di Bukit Gantang. Tok tak nak ulas panjang kata2 mantan PM ni, rasa-rasanya kengkawan bloggers boleh paparkan dalam blog masing2.

Tabung Bloggers

Tabung yang kengkawan bloggers sediakan itu boleh membantu dan melancarkan kempen-kempen mereka kelak. Eloklah kepada para penyokong PR yang prihatin dan berkemampuan menyalurkan sedikit sumbangan kepada tabung ini.

Sedikit nasihat tok kepada rakan bloggers semua, berhati-hati memaparkan isu dalam blog masing2 kerana kita sedang diperhatikan. Eloklah dapatkan nasihat peguam atau lebih elok jika PR sediakan barisan peguam untuk membantu mereka. Tok bimbang ada yang akan ditahan dan didakwa di mahkamah.

Rakyat marhain perlukan maklumat dan akhbar harakah dan siasah saja belum memadai. Kepentingan blog, you tube dan lain-lain perlu diambil kira.

Tok nak ulas tentang Bukit Gantang sikit. Setahu tok Bukit Gantang kubu kuatnya sejak dulu lagi. PAS baru je menang sekali dan tok nak pesan yang kita yakin sangat. Kena usaha lebih menangkis serangan daripada media-media totok umno.

Elakkan terlibat dalam segala provokasi yang cuba ditimbulkan oleh anasir yang tak bertanggungjawab dan kalau boleh jangan miss satu rumah pun bila berkempen.

Jika nampak sebarang aktiviti yang cuba mensabotaj kita, rakamkan segera dan jangan sekali-kali bersendirian ketika berkempen atau mengantung poster. Selebihnya korang semua dah tahu dan yang penting jaga disiplin dan dengar kata pucuk pimpinan. InsyaAllah kita akan menang di Bukit Gantang,Selambau dan Batang Ai.

(tok iskandar)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA