" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

18 March 2009

Dato' Nizar:BN seperti kerajaan Attarturk

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, "kedudukan kerajaan BN tidak ubah seperti pimpinan Mustafa Kamal Attarturk di Turki suatu ketika dahulu. Segala 'pembohongan dan kezaliman' mereka akan dapat dipertontonkan terus menerus sebelum ianya 'jatuh dan akhirnya berkubur'.

UMNO/BN telah banyak melakukan perkara yang boleh 'menjatuhkan martabat Islam serta bangsa Melayu' seperti melenyapkan tulisan jawi iaitu sistem tulisan yang menggambarkan ciri Islam dari sistem pembelajaran dan penghidupan orang Melayu. Mengikut perangkaan pada masa ini, jumlah orang Melayu yang berkemahiran menulis jawi agak berkurangan dengan purata, hanya mereka yang berumur 60 tahun ke atas sahaja.

Keadaan itu secara tidak langsung sama seperti apa yang dilakukan oleh Mustafa Kamal Attartuk di Turki pada zaman pemerintahannya dimana beliau telah memansuhkan tulisan tradisional Turki dan menggantikannya dengan tulisan roman Turki dalam sistem penulisan rasmi negara itu.

Apa yang dilakukan UMNO/BN sepanjang 51 tahun pemerintahannya adalah membawa 'pembohongan dan mengelirukan rakyat serta meruntuhkan institusi Melayu'. Mereka juga telah 'bertindak zalim' dengan merampas kerajaan Perak daripada PR."

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA