" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

17 March 2009

Gantung Keahlian,Kearah Reformasi Atau?

Mesyuarat Lembaga Disiplin Umno akan diadakan esok. Pengerusinya, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail akan mengadakan sidang akhbar khas selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Dalam sidang akhbar tersebut, beliau dijangka mengumumkan hasil siasatannya melibatkan pemimpin yang bertanding bagi merebut jawatan timbalan Presiden telah didapati menggunakan 'politik wang' dalam usaha untuk menjamin kemenangan dalam pemilihan nanti.

Jadi, 3 orang calon yang merebut jawatan tersebut ialah Tan Sri Muhyiddin Yasin (Naib Presiden Umno ), Datuk Seri Mohd Ali Rustam (ketua menteri Melaka) dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib (Ketua Penerangan Umno).

Persoalannya, adakah pembersihan dalam UMNO akan berlaku atau sebenarnya masih gagal menggambarkan usaha REFORMASI? Atau ianya hanya semata-mata untuk mengenepikan kumpulan tertentu yang disyaki tidak pro kepada Najib? Adakah kabinet Najib akan lebih bersih dengan pembersihan di peringkat pemulihan di mulakan? Adakah perubahan akan berlaku dalam UMNO selepas ini? Kalau ada perubahan, dari segi mana perubahan itu?

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA