
"Persoalan saya, adakah Najib telah bersih? Banyak persoalan yang kita kemukakan kepada SPRM tapi masih belum ada siasatan. Kenyataan Najib bahawa calon Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam kekal Ketua Menteri Melaka walaupun jelas didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin parti itu juga menjejaskan kredibiliti Najib untuk menerajui kepimpinan UMNO hujung bulan ini.
Perlu ada arahan jelas daripada kepimpinan UMNO supaya Mohd Ali dikenakan tindakan dan digugurkan jawatan Ketua Menteri Melaka kerana proses siasatan telah dibuat malah dilakukan dalam parti sendiri, jadi ini kenyataan yang keterlaluan dan jelas pilih kasih.
SPRM juga perlu bertindak tanpa perlu menunggu laporan daripada mana2 pihak untuk menyiasat secara telus semua pemimpin UMNO yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin parti itu baru2 ini".
No comments:
Post a Comment