Kerana kecewa Kementerian Penerangan enggan membenarkan kerajaan Kelantan mengendalikan radio sendiri, Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) MB Kelantan telah memilih blog bagi menyebarkan dakwahnya.Beliau akan menggunakan sebaik mungkin kemudahan blog bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat. Perkembangan teknologi maklumat sekarang perlu direbut termasuk membangunkan blog sendiri sebagai tatapan umum.
Beliau berkata, "Saya akan melangkah masuk ke era siber dengan menulis dan menyampaikan maklumat serta berdakwah melalui blog. Saya akan jadi blogger jugalah".
Tahniah kepada TGNA kita kerana keberanian beliau untuk sama2 berjuang dialam siber ini.
No comments:
Post a Comment