
TGNA berkata, "Saya tidak suka meminda keputusan yang telah dipersetujui dalam mesyuarat secara bersama dan kemudian hendak pinda semula di luar. Sekiranya sudah pasti untuk melakukan sesuatu perkara selain daripada apa yang diputuskan dalam muktamar tahun lalu, 'mesyuarat khas' mengenainya perlu diadakan."
Sebelum ini Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencadangkan diwujudkan 'kerajaan perpaduan' yang melibatkan semua parti seperti berlaku di Indonesia semasa di bawah B J Habibie.
Beliau yang juga MB Kelantan berkata, "Saya boleh bersetuju dengan cadangan kerajaan perpaduan sekiranya diputuskan oleh ahli parti dalam muktamar akan datang apabila ada usul mengenainya. Pada muktamar tahun lalu telah diputuskan, 'sekiranya mahu berbincang dengan pemimpin UMNO/BN, biarlah berkaitan isu lain dan bukannya membentuk kerajaan bersama'.
Ditanya mengenai perbezaan pendapatnya dengan Presiden PAS, TGNA berkata, "perbezaan pendapat perkara kedua kerana ia lumrah berlaku di kalangan sesama anggota parti. Namun, apa yang penting adalah perkara yang telah diputuskan dalam muktamar tahun lalu perlu dijaga demi menjaga kestabilan parti dan mencerminkan disiplin perjuangan parti yang berlandaskan Islam."
1 comment:
salam proreform,
saya rasa TGNA dipergunakan oleh wartawan yg menanya soalan tersebut, sepatutnya mereka tanya "apa pandangan TG berkenaan kerajaan perpaduan PR dan BN" bukannya ""apa pandangan TG berkenaan kerajaan perpaduan PAS dan UMNO/BN" ..kalau ikut apa yg diperkatakan oleh TGHA kerajaan perpaduan adalah antara PR dan BN bukan PAS dan BN..tapi cara TGNA jawap menunjukkan yg tok guru tidak tahu apa yg dimaksudkan oleh TGHA dan ini menampakkan seolah2 TGHA yg teringin sgt nk bersama dgn UMNO/BN.
Ya Allah, kau hancurkan mereka yg cuba utk memperlagakan 2 org tok guru kami. amin.
mas
Post a Comment