" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

20 March 2009

DAP Mahu SUK Perak Disiasat

Tindakan kerajaan haram BN Perak yang menghalang 27 wakil PR memasukki bangunan Dewn Undangan Negeri awal Mach lalu tidak dibiarkan berlalu sahaja. Hari ini Adun DAP Pantai Remis, Nga Kor Ming membuat laporan mengenai insiden tersebut yang dianggap menghina DUN dan mencabul prinsip demokrasi yang diamalkan negara ini.

Dalam aduannya di ibu pejabat polis Ipoh, Nga menggesa siasatan dan tindakan dikenakan terhadap semua pihak yang menghalang mereka.

"Adalah satu kesalahan jenayah bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan bahawa mana-mana phak yang menghalang Adun daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat, jika disabit kesalahan, akan dipenjarakan selama tempoh maksimum tujuh tahun atau denda," laporan polis itu dipetik.

Exco pendidikan dan kerajaan tempatan kerajaan Pakatan Perak itu berkata beliau dimaklumkan oleh ketua polis daerah ACP Azisman Alias bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim mengarahkannya berbuat demikian.

Nga menambah, selain arahan pegawai polis itu, beliau terkejut apabila mendapati pasukan pencegah rusuhan FRU dan sekumpulan samseng berdiri di depan Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 3 Mac lalu bagi menghalang mereka "sehingga mencetuskan pergaduhan dan kekecohan."


No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA