
Beliau berkata demikian bagi menafikan wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang dilihat sebagai penyokong Abdullah. Bagi beliau tanggapan itu hanyalah khabar angin yang digembar-gemburkan oleh pihak yang mempunyai kepentingan sendiri dan tidak mahu melihat UMNO kembali pulih.
Beliau berkata Pemuda Umno akan mempertahankan proses peralihan dengan bersungguh-sungguh serta menghormati dan menghargai kepimpinan Presiden parti di samping menyokong tanpa berbelah bagi terhadap kepimpinan Najib sebagai ketua parti dan kerajaan yang baru.
yeols: engko nafilah selagi boleh.... Sekarang semua menumpukan perhatian terhadap parti engko. Jangan fikir pemerhati2 ini bodoh. Mereka lebih jauh kedepan... Hakikatnya parti engko dah makin menghampiri saat kehancuran. Engko sokonglah Najib tu sebelum dengan engko2 sekali hancur bersama Najib. Dengan tindakan bakal Presiden engko ini, lagi cepatlah parti engko hancur.. Semakin ramailah gerakan dari dalam parti engko yang tak berpuas hati akan 'reformasi klon' UMNO ini....
No comments:
Post a Comment