
Apa yang dinanti-nanti semalam terjawab dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail pada sidang akhbar petang tadi.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah menjadi 'mangsa pertama Najib'. Beliau dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu hadapan kerana telah didapati bersalah terlibat dengan 'politik wang' mengikut Perkara 10.1 tataetika ahli Umno. Bagaimanapun, beliau tidak digantung keahlian dalam Umno dan masih kekal sebagai Ketua Menteri Melaka.
Jadi, pertandingan bagi jawatan tersebut kini menyaksikan persaingan 1 lawan 1 antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Lembaga Disiplin itu juga mendapati Khairy Jamaluddin, calon Ketua Pemuda, bersalah kerana melanggar perkara yang sama tetapi hanya diberi amaran. Bagaimanapun Khir Toyo, yang juga calon Ketua Pemuda Umno, didapati tidak bersalah melanggar tataetika ahli parti itu.
Dengan bertindak sedemikian makin nampaklah UMNO tidak pernah mengakui kesalahan sendiri apatah lagi untuk membuat 'perubahan kearah kebaikan kepada semua'. Pemimpin2 mereka hanya 'mementingkan diri dan kroni' sahaja.
Oleh itu, PAS perlulah menilai semula khabar angin yang bertiup mengatakan PAS dan UMNO akan membentuk 'kerajaan campuran'.Pendirian TGNA hendaklah dinilai sedalam-dalamnya.
No comments:
Post a Comment