
"Setahu kita, mengambil iktibar dari pengalaman lalu adalah satu langkah yang bijak. Ini kerana kita akan lebih berhati-hati dalam membuat perhintungan. Adakah UMNO sudah layak dibuat kawan? Bila mereka sudah merasakan bahang kejatuhannya berpunca dari pemimpin2 mereka yang 'rakus dengan kuasa'. Sampai sekarang pun nampaknya sama saja, lagi bertambah teruk adalah".
Rozali: Jika dahulu TGNA boleh bekerjasama dengan pembangkang lain seperti DAP dan Semangat 46, mengapa tidak dengan UMNO/BN? Sikap beliau ini meyukarkan parti Melayu mencari perpaduan.
"Pembakang lain tak angkuh, tak penting diri, tak putar-belit, tak perasuah, tak menzalimi kawan sendiri demi jawatan (konspirasi liwat 1 & 2 DSAI) dan Ringgit Malaysia. Selagi UMNO tak bersungguh-sungguh untuk membuat perubahan termasuklah mengakui atas berbagai kesalahan yang telah mereka lakukan".
Rozali: Kerajaan campuran yang dibuat ketika PAS dibawah pimpinan Tan Sri Datuk Mohd Asri Muda dahulu mempunyai perjanjian bersama antaranya PAS tidak boleh menubuhkan cawangan di merata-rata tempat, tetapi PAS telah melanggar perjanjian dengan menubuhkan cawangan secara senyap2 terutama di kawasan Felda. Saya rasa sebab mereka ditendanglah yang membuatkan Nik Aziz marahkan UMNO/BN dan menganggap kerelaan PAS bersatu dengan UMNO tidak diharga
"Ini dah masuk babak kelakar. Kenapa sekarang baru kedengaran tentang perjanjian ini? Kenapa tidak ditimbulkan semasa 'sesi pertama' usaha untuk penggabungan ini? Yang kedengaran sekarang sudah menjadi 'sesi yang ke-2'. Macam inilah perangai orang2 UMNO, sentiasa mencari kesalahan orang lain. Mungkin kerana mereka merasakan diri mereka sahaja yang pandai berpolitik. Rakyat sudah lebih daripada kenal dengan parti UMNO ini".
Rozali: Veteran UMNO memuji sikap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana bersetuju bekerjasama dengan BN/UMNO serta mencadangkan kerajaan campuran diwujudkan yang turut disokong Pemuda Pas.
"Kalau yang ni, aku tak boleh berkata apa2. Rakyat nilailah sendiri....... Ingatlah, sekarang ni, sudah masuk sesi yang ke-2 kedengaran tentang penggabungan ini..... Kenapa desas-desus ini muncul lagi? Kepada TGNA,Teruskan perjuanganmu wahai Tok Guruku..., kami teguh dibelakangmu, kerana kami tahu, apa yang dilakukan adalah yang terbaik demi masa depan anak cucu kita.... "
No comments:
Post a Comment