" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

20 March 2009

Sejarah Peralihan Kuasa PM

Sejarah proses penggantian PM pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj kepada PM ke-2, Tun Razak Hussein tahun 1970 tidak serumit apa yang sedang dilalui Najib kini. Tunku hanya perlu dikocak dan diugutkan sedikit saja terus mengaku kalah, menyerahkan jawatan kepada Tun Razak.

Sejarah telah menyebut orang yang memain peranan penting memaksa Tunku berundur ialah Mahathir. Beliau memulakan dengan menulis surat peribadi mengecam Tunku yang kononnya bertanggungjawab sehingga tercetusnya peristiwa 13 Mei. Surat itu kemudian disebarkan kepada orang ramai dengan tujuan untuk mengaibkan Tunku. Mungkin cerita ini benar kerana Tun Razaklah yang membawa balik semula Mahathir ke dalam Umno selepas dipecat oleh Tunku!

Begitu juga proses pertukaran PM ke-2, Tun Razak Hussein kepada birasnya Hussein Onn pada tahun 1976 lagi mudah dan ringkas. Malahan Hussein tidak pun berfikir dia akan menjadi PM ke-3. Peristiwa ini berlaku apabila Tun Razak meninggal dunia pada tahun 1976 di London kerana leukemia. Pengambilalihan jawatan PM oleh Hussein Onn itu bolehlah dianggap sebagai menerima pesaka untuk meneruskan perjuangan Razak untuk bangsa dan negara.

Demikian juga proses penggantian PM ke-3 kepada PM ke-5 Mahathir pada tahun 1981. Beliau tidak payah melalui jalan berliku atau terpaksa membuat pelan peralihan berbulan-bulan. Ia berlaku hanya dengan sedikit saja kocakan ke atas Hussein Onn, PM ke-3 itu terus berhenti, dan menyerahkan kerusi kepadanya.

Hussein berhenti kerana dia seorang bermaruah dan tegas. Dia berhenti apabila dia merasa dia tidak disukai lagi apabila beliau ditentang oleh Suleiman Palestin untuk jawatan Presiden Umno. Walhal tentangan itu adalah agenda untuk menjatuhkannya. Sekali lagi pengunduran Hussein itu adalah kerana perancangan halus daripada Mahathir.

Sementara ada juga cerita2 dari memoir orang tertentu sebelum Mahathir mengambil alih jawatan PM daripada Hussein, Hussein telah memanggil 3 orang tokoh utama parti ketika itu, iaitu Ghafar Baba, Tengku Razaleigh Hamzah dan Mahathir. Hussein dikatakan meminta ketiga orang ini berpakat siapa antara mereka yang berhak mengambil alih tempatnya. Hussein tidak mutlak menyerahkan kepada Mahathir.

Dalam perundingan itu Tengku Razaleigh telah menunjukkan nama Mahathir atas sifat setiakawan dan juga memandangkan usia Mahathir lebih tua daripadanya. Walaupun dari segi senioriti dan hierarki parti, Tengku Razaleigh adalah naib presiden ke-2, selepas Ghafar manakala Mahathir naib presiden ke-3. Tetapi Tengku Razaleigh telah berkorban dengan harapan Dr Mahathir merestuinya menjadi Timbalan PM. Sebaliknya Mahathir mungkir dengan menyokong Musa Hitam.

Demikian juga proses penggantian PM ke-4 dengan PM ke-5 pada 2003 tidak melalui jalan berliku. P/Lah tidak pun meletakkan ayat2 jampi bertulis jawi atau kayu atau batu dibungkus dengan kertas di meja Mahathir untuk melemahkan semangat Mahathir supaya cepat meninggal kerusi berkenaan. P/Lah tidak pun menggunakan proksi untuk mencipta pelan peralihan. P/Lah benar2 menyerahkan kepada Allah.

Adapun kenapa proses pemberhentian Mahathir menjadi cepat dan mudah ialah kerana rakyat sudah tidak mahunya lagi. Gelombang dan gelora reformasi telah mengangguinya. Ini ditambah pula oleh kalangan Umno sendiri yang sudah mual dengannya. Mahathir sampai 'menangis' kerana tidak mahu melepaskan jawatan itu? Walaupun masih ada tunggul2 'bebal',namun mereka tidak mampu melawan arus perubahan kencang dari luar yang tidak mahukan Mahathir.

Maknanya, P/Lah tidak pun membuat apa2 perancangan untuk menyingkirkan Mahathir melainkan keadaan dan dosa-dosanya kepada rakyat yang menyingkirkan dirinya.

Berbeza dengan proses penggantian PM ke-5 kepada bakal PM ke-6 yang dijadualkan pada Mac 2009 ini. Proses itu tampak begitu rumit, berliku-liku penuh halangan dan suspen sekali. Berbelit-belit dan mencabar macam pendakian ke Everest. Jalan menuju ke Putrajaya semakin hari semakin samar dan berbalam-balam bagi Najib. Persoalan masih bermain di segenap pemikiran umum, apakah bakal PM ke-6(Najib) sempat sampai ke Putrajaya ataupun tidak?

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA