
Beliau dituduh menghina institusi raja-raja dengan mengancam untuk membawa Sultan Azlan Shah ke mahkamah kerana merestui pembentukan kerajaan haram di Perak. Rentetan daripada itu, pelbagai pihak mengadakan protes mengecam beliau. .Tidak lama selepas itu, Karpal menerima surat ancaman bunuh bertulisan tangan dan peluru melalui pos.
Beliau menjadi sasaran kecaman lagi apabila beliau menggunakan perkataan 'celaka' terhadap Pemuda Umno yang didakwanya bertanggungjawab menghantar peluru dan ancaman bunuh tersebut. Bagaimanapun polis menolak dakwaan tersebut.
Akibat daripada itu, sekumpulan anggota Pemuda Umno dilaporkan mengepung Karpal yang berkerusi roda, di lobi Parlimen dan menuntutnya supaya memohon maaf.
Anak lelaki beliau Ram Karpal Singh mengesahkan bapanya telah menerima notis untuk hadir pada pukul 9 pagi esok bagi menghadapi dakwaan tersebut. Mengikut notis itu, Karpal akan didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 tetapi belum pasti dibawah seksyen yang mana. Kalau mengikut kebiasaannya adalah dibawah Seksyen 4.
No comments:
Post a Comment