" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

16 March 2009

Kes 3 Adun Sensasi Ke Mahkamah Persekutuan

Peguam kepada 3 Adun Perak (punca permasaalahan) iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang), berkata Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan mereka untuk merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan penjelasan isu perlembagaan berhubung saman yang mereka failkan untuk mengisytihar sebagai tidak sah keputusan yang telah dibuat oleh Speaker DUN Perak V.Sivakumar mengenai kedudukan mereka.

Peguam itu berkata, rujukan itu dibuat kerana Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah tertinggi di negara ini dan ia mempunyai peranan istimewa untuk membuat penjelasan tafsiran peruntukan perlembagaan persekutuan dan undang2 tubuh negeri.

Sebelum ini, 3 ADUN berkenaan, memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi mereka tidak kosong dan mereka masih wakil rakyat yang sah setelah Sivakumar memutuskan yang mereka telah mengosongkannya kerana mereka telah menandatangani surat peletakan jawatan selepas menang dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas.

Seorang daripada peguam yang mewakili Sivakumar, berkata tiada apa2 yang perlu dibawa ke Mahkamah Persekutuan kerana Speaker berhak menikmati imunitinya. Isu yang menjadi pertikaian sekarang ini adalah mengenai Undang2 Tubuh Negeri Perak dan adalah hak seorang Speaker.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA