
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Norza Zakaria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Temerloh atas dua tuduhan rasuah politik bagi memenangi jawatan dalam pemilihan parti.
Norza, 43, yang juga ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan dan sekutu Khairy Jamaluddin, didakwa melakukan perbuatan itu pada jam 6.30 petang di No 38, Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh.
Beliau didakwa secara rasuah telah memberikan kepada Khadri Musa melalui Halimi Kamaruzzan suapan RM1,500 sebagai dorongan untuk diagihkan kepada anggota2 perwakilan untuk mengundi beliau bagi memenangi jawatan sebagai ahli MT Umno hujung bulan ini.
Norza turut didakwa memberikan RM1,900 kepada Mohammad Anuar Yunus, juga melalui Halimi Kamaruzzaman untuk tujuan sama. Bagaimanapun Norza mengaku tidak bersalah semasa kes itu disebut. Mahkamah membenarkan dia diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin. Majistret Ida Rahayu Sharif menetapkan kes itu disebut semula pada 22 April depan.
Dalam perkembangan berkaitan, Halimi yang juga ahli jawatankuasa Umno bahagian Maran, Pahang yang membuat laporan polis mendakwa dibelasah pegawai SPRM supaya mengaku Norza terbabit dalam politik wang, dijangka dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan membuat laporan palsu.
Pada 28 Januari lalu, Halimi, 46, mendakwa dibelasah sewaktu disoal siasat ketika ditahan reman selama empat hari di Kuantan.
No comments:
Post a Comment