" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

16 March 2009

Usul Gantung Gobin Dilulus Serta Merta !

Usul menggantung Gobin daripada menghadiri sidang Dewan selama setahun diluluskan dengan kadar segera !!. Inilah hebatnya kerajaan yang kita ada sekarang ini. Mintak saja individu terbabit adalah sebelah pembakang, gerenti siasatan, usul tergempar, kes mahkamah akan dibuat atau diputuskan dengan kadar segera !!. Pemimpin2 UMNO nih..,disiasat pun tak boleh, dia orang baik2..

Tindakan itu diambil ekoran Gobind mengeluarkan kenyataan yang mendakwa Najib terbabit dalam kes pembunuhan dan juga kononnya beliau menghina Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat ketika perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang2 Perbekalan Tambahan (2009) pada 12 Mac lepas.

Penggantungan itu diputuskan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia setelah pengundian sebulat suara daripada anggota Parlimen kerajaan yang hadir dalam persidangan Dewan hari ini. Namun, anggota parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan kerana tidak puas hati Gobind tidak dibenarkan membela diri.

Usul itu dicadangkan oleh Mohamed Nazri yang kononnya dakwaan yang dibuat oleh ahli parlimen Puchong itu adalah serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai ahli Parlimen serta satu penghinaan kepada Dewan.

Kalau begini, kita tunggu Najib atau isterinya menyaman akhbar Perancis yang baru2 ini telah mendedahkan skandal terbaru beliau mengenai perkara yang sama. Kalau beliau betul2 tak terlibat, tindakan menyaman akhbar terbabit adalah langkah yang terbaik. Sama2 kita tunggu....

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA