Team bakal PM nampaknya sudah lebih berkuasa dari yang masih memegang jawatan PM. Serangan yang dilakukan oleh Team bakal PM ini menggunakan sistem serangan hendap. Mungkin kerana masa sudah hampir tamat. Jadi, cuba bayangkan, belum lagi sah sebagai PM, Najib sudah menunjukkan 'cara berpolitik yang kotor' walaupun sesama ahli parti..Rentetan dari penyingkiran Datuk Seri Mohd Ali Rustam dari bertanding sebagai Timbalan Presiden atas alasan terlibat dalam 'politik wang', kira2 150 penyokong beliau dari Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak dan Pulau Pinang itu, berkumpul di TUDM Subang kira-kira pukul 9 malam bagi menunggu ketibaan P/Lah dari Indonesia yang tiba kira2 pukul 10.45 malam.
Mereka sempat menemui P/Lah dan menyampaikan harapan supaya Presiden parti itu mengkaji semula keputusan yang telah dibuat oleh Timbalan Presiden. Mereka memohon agar P/Lah mempertimbangkan semula keputusan untuk melarang Mohd Ali bertanding.
Mereka menaruh harapan yang tinggi kerana P/Lah nampaknya memberikan respons yang positif. P/Lah telah berjanji akan memikirkan perkara itu dan akan menemui Mohd Ali esok.
No comments:
Post a Comment