
Beliau percaya keputusan Lembaga Disiplin parti itu adalah berasaskan peraturan sedia ada dalam rangka mengembalikan integriti parti. Beliau merasa kesal diatas tindak tanduk Adnan dan berpendapat beliau hendaklah mengambil tanggungjawab dengan meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang.
Nampaknya Adnan tidak memandang isu ini dengan bersungguh-sungguh. Sebaliknya beliau menasihati anggota Umno Pahang yang telah didapati bersalah supaya lebih berhati-hati pada masa depan untuk mengelakkan tragedi yang sama berulang ke atas mereka. Beliau berkata lagi:
"Adalah menyedihkan bila menyaksikan rakan2 kita dihukum kerana melampaui batasan kod etika parti tapi yang baiknya ialah mereka tidak melakukan apa2 bentuk jenayah, namun keputusan Lembaga Disiplin Umno mesti dihormati oleh semua ahli parti. Mereka yang dikenakan amaran bukanlah kerana menggunakan wang tetapi didapati telah menganjurkan dan menyertai perjumpaan dalam usaha mereka melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dalam tempoh pemilihan jawatankuasa Umno bahagian yang lepas."
Semalam Lembaga Disiplin Umno telah memutuskan Datuk Abdul Manan Ismail (Ahli Parlimen Paya Besar)digantung selama setahun, Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi (Ketua Pemuda Maran) digantung keanggotaan selama 3 tahun.
Manakala Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah (Timbalan Ketua Umno Bahagian Paya Besar), Mohd Shohaimi Jusoh (Naib Ketua Umno Bahagian Paya Besar), dan Mohd Zaili Besar (Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Paya Besar) hanya diberi amaran.
1 comment:
Adakah politik wang yang digunakan oleh bangsa UMNO atau rasuah yang digunakan oleh bangsa Malaysia bukan jenayah. Kalau bukan jenayah kenapa pula SPRM pergi dakwa orang yang yang terlibat dengan aktiviti "babi" ini. Lepas ini bangsa UMNO akan keluarkan satu sebutan baru "babi" dalam UMNO iaitu adalah sedekah politik atau politik sedekah. Untuk teman-teman yang lain "babi" di sini adalah bermaksud rasuah. Pening kepala dengan bangsa UMNO, macam-macam istilah digunakan terutama sekali untuk menghalalkan yang haram.
Post a Comment