" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

21 March 2009

Pandangan Muhyiddin Mengenai UMNO

Saya telahpun memberikan pandangan saya menerusi media dan wawancara dan sebagainya, bagaimana kita melihat situasi politik dalam negara sebegitu rupa, saya menyatakan bukan kebimbangan tapi ketakutan saya kalau2 kita tak membuat suatu perubahan yang agak besar, drastik dalam tempoh segera kita mungkin menghadapi masalah besar dalam pilihan raya umum akan datang.

Yang saya pentingkan ialah soal 'survival' Umno dan orang Melayu dalam negara kita maka itu saya telah memberi pandangan tentang soal peralihan kuasa, dan sekarang ini Alhamdulillah telahpun dapat dicapai kata muafakat.

Maka dalam proses engagement dalam pimpinan parti termasuklah YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, maka setelah dikatakan berlaku proses peralihan, jawatan presiden berlaku kekosongan dan Datuk Seri Najib menawarkan diri untuk mengisi kekosongan itu maka berlaku kekosongan timbalan presiden.

Waktu awal saya tidak jangka berlaku kekosongan kerana peralihan kuasa yang pertama dahulu presiden akan kekal pertahankan kedudukan. Dengan senario baru maka saya fikir tidak ada salah saya menawarkan khidmat saya pasal ini bukan soal merebut kerusi atau jawatan, tapi ini soal nak menawar khidmat di waktu mana saya melihat situasi politik kita amat gawat.

Keadaan Umno yang saya lihat tak pernah berlaku dalam sejarah puluhan tahun berhadapan dengan situasi yang cukup kritikal dan ini memerlukan kita suatu keberanian dan kebijaksanaan baru untuk menarik masalah2 yang saya katakan tadi besar, termasuk soal pimpinan, dan lain2.

Ini penting, sebab itulah saya berpendapat berdasarkan pengalaman saya, baik dalam parti, baik dalam kerajaan bersama-sama pucuk pimpinan yang sedia ada sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sampailah ke hari ini, maka saya fkir sudah sampai masa, sesuai untuk saya menawarkan diri. Saya buat atas dasar perlu saya menggunakan segala apa kebijaksanaan pengalaman saya untuk membantu.

Kita kena analisis kedudukan Umno dan dalam konteks yang lebih besar ialah kedudukan parti BN yang sudah diberikan mandat dan kuasa lebih 52 tahun sejak merdeka dan dalam keputusan PRU lepas saya lihat sudah ada satu hakikat yang tidak dapat dielakkan iaitu satu perubahan landskap politik negara kita.

Yang dahulu mungkin kita sudah biasa tapi hasil keputusan lepas nampaknya bahawa masyarakat Malaysia, generasi muda sudah tidak berfikiran seperti dahulu lagi.

Apa yang kita sepakati dahulu mungkin mudah diterima tapi hari ini sudah mula dipersoalkan. Adakah itu menunjukkan, Umno yang kita kenali dulu tidak lagi sedia diterima oleh Melayu dan masyarakat sebagai pendokong dalam BN?



No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA