" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

20 March 2009

Mahkamah Persekutuan Tentukan Siapa MB Perak


Siapa antara Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir merupakan MB Perak yang sah akan ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan. Panel 3 hakim Mahkamah Rayuan terdiri Datuk Md Raus Sharif, Datuk Abdull Hamid Embong dan Datuk Ahmad Maarop sebulat suara bersetuju kes itu ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan.

Panel 3 hakim itu melahirkan penghargaan kepada Sulaiman Abdullah, peguam utama mewakili Mohammad Nizar, dan juga kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail kerana membantu mahkamah membuat keputusan menerusi penghujahan mereka hari ini.

Pada 13 Feb, Mohammad Nizar, 52, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, memohon diadakan semakan kehakiman bagi mengisytihar dirinya sebagai MB Perak yang sah dan untuk mendapatkan injunksi melarang Zambry daripada melaksanakan tugas sebagai MB.

Beliau juga memohon mendapatkan takrif mengenai Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak sama ada jawatan Menteri Besar boleh dikosongkan jika :

- MB telah memberi nasihat kepada Sultan supaya membubarkan DUN

- Tidak berlaku pembubaran dewan

- Tidak ada undi tidak percaya terhadapnya di DUN

- Tidak berlaku peletakan jawatan oleh beliau.

Mohammad Nizar juga mahu supaya Zambry membuktikan kesahihannya sebagai MB.





1 comment:

Anonymous said...

Mana gambor MB Kudeta Perak? Tak nampakpun...Opps ade rupanya. Ngapa tak guna adobe photoshop ...heheheh

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA