" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

06 March 2009

Lagi Habuan Buat Khir Toyo


Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) mendapatkan nasihat Bank Negara Malaysia terhadap jual beli hartanah di Makkah yang diluluskan oleh Khir Toyo, yang mungkin menyalahi Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Akta Kawalan Pertukaran.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, langkah itu bagi membersihkan nama anak syarikat kerajaan negeri itu daripada tuduhan bersubahat melakukan kesalahan dalam urusan jual beli menara al marwa makkah antara PNSB dan seorang individu pada tahun 2007.

Dalam satu kenyataan , Nik Nazmi berkata kerajaan PR Selangor memandang berat isu berkenaan dan berharap mantan MB, Khir Toyo tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu.

Mengikut Resolusi Pekeliling Lembaga Pengarah bertarikh 14 September 2007, PNSB telah membenarkan pembelian lima unit hartanah berharga RM8 352,427.

Bagaimanapun, rekod menunjukkan bahawa antara 17 September 2007 dan 19 September 2007, PNSB telah meremitkan RM25,603,545 ke Arab Saudi untuk pembelian 12 unit hartanah.

Antara 25 September dan 3 Oktober 2007 kemudian, PNSB telah menerima bayaran RM17,251,092 daripada seorang individu yang dikatakan untuk penjualan tujuh unit hartanah di Arab Saudi.

Nik Nazmi berkata, pembelian hartanah oleh PNSB dibuat dalam matawang riyal sedangkan penjualan kepada individu terbabit dibuat dalam mata wang ringgit Malaysia.

Sehingga hari ini, PNSB tidak mempunyai apa2 rekod yang menunjukkan bahawa individu yang membeli hartanah daripada PNSB, telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa untuk membeli tanah di luar negara.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA