Mahkamah digunakan sewenang - wenangnya. Dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas Hakim Komathy menolak permohonan Peguam Negara yang memohon kes tersebut di pindah mahkamah, namun mereka gunakan kuasa mereka dengan menukar Hakim. Dengan ini magic telah berlaku dengan hanya sekali bersidang, terus membenarkan ianya ditukar mahkamah. LAW OF THE JUNGLE kembali kembali lagi..........
Nampaknya Najib semakin terdesak. Semua konspirasi yang dicanang oleh mereka yang terlibat telah disegerakan...!!! Yang penting sekali bagi mereka adalah Musuh Nombor Wahid (DSAI) perlu dihapuskan wataknya dari peperangan ini yang kalau dibiarkan, mereka sendiri sudah mahu percaya, kekalahan akan memihak kepada mereka.
Mutakhir ini begitu banyak isu2 yang melibatkan beliau samada yang sudah lama (Al-Tantuya) mahupun yang baru dilakukan oleh Najib & The Gang (rampasan kuasa di Perak). Semua ini sebenarnya boleh menafikan kelayakkan beliau untuk menduduki kerusi PM dengan mudah.
Bezanya DSAI dan Najib adalah, Najib mendapat ilham dari SIFUnya dengan menggunakan skrip konspirasi yang sama dengan 98'. Saya percaya yang SIFUnya ini masih menjadi peranan utama disebalik tabir. Buktinya Badan Kehakiman masih lagi dipergunakan sewenang-wenangnya oleh mereka. Isu video VK Lingam telah dilenyapkan begitu saja.
DSAI pula, semakin dicipta keburukan terhadap beliau, semakin bertambah-tambah lagi sokongan rakyat kepada beliau. Jadi,memang tepat sekali perjuangan PR bertemakan 'ketuanan rakyat'. DSAI tidak pernah mencipta konspirasi kepada mereka. Ini kerana, mereka memang sudah membuat perangai. Cuma pihak yang mahukan perubahan ini perlu mengumpul sebanyak mana mungkin bukti penyalahgunaan kuasa dan sebagainya yang telah dilakukan oleh mereka.
Sepertimana yang telah diucapkan oleh DSAI baru2 ini, "Yakinlah, rakyat bersama kita. Tak kira dari Semenanjung atau dari Sabah mahupun Sarawak, agenda kita disambut kerana 'tuntutan perubahan' sememangnya tidak terelakkan dan pastinya berlaku !!!".
No comments:
Post a Comment