" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

06 March 2009

Saman Cabar Pelantikan Zambry Ke Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Tinggi memutuskan isu2 perlembagaan bagi menentukan MB Perak yang sah akan ditetapkan oleh Mahkamah Persekutuan. Hakim Lau Bee Lan berkata, lebih senang perkara tersebut dirujuk terus kepada mahkamah tertinggi itu bagi mempercepatkan keputusan berhubung pergelutan politik di negeri itu antara PR dan BN. Kedua-dua pihak diminta merumuskan soalan2 yang akan dibawa ke mahkamah tersebut.

Peguam utama Nizar, Sulaman Abdullah membantah perkara itu dirujukkan ke Mahkamah Persekutuan. Sebaliknya, beliau memohon Hakim Lau mendengar saman tersebut.

Bagaimanapun, peguam kanan persekutuan, Kamaluddin Md Said yang mewakili pejabat Peguam Negara berhujah bahawa perkara itu membabitkan penafsiran Artikel 16 (6) Perlembagaan Negeri Perak dan oleh itu harus didengar oleh Mahkamah Persekutuan.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA