
PR yang terdiri daripada komponen PAS, DAP dan PKR memerlukan pemimpin berwibawa dan mampu membela nasib rakyat selain sentiasa bersama rakyat dalam sebarang keadaan. Memang kita bersetuju dan ia adalah langkah yang baik untuk kita memastikan pemimpin PR benar2 bekerja untuk membela rakyat yang sememangnya sudah menjadi matlamat kita.
Amaran DSAI itu juga sebagai satu peringatan kepada wakil rakyat PR supaya tidak mudah lupa diri dan berusaha untuk bekerja keras bagi memberi yang terbaik kepada rakyat berbanding dengan pemimpin sebelum ini supaya tidak menghadapi kesukaran untuk menghadapi pilihan raya akan datang.
Kita mahu pimpinan yang berwibawa dan tahu membela rakyat supaya rakyat tidak kecewa terhadap kepimpinan PR. Kita sentiasa memantau pemimpin2 yang terdiri dalam kalangan ahli PAS dari masa ke semasa supaya tidak timbul masalah dan secara tidak langsung dapat memantapkan lagi pentadbiran negeri di bawah pemerintahan PR.
Dalam Pas sendiri kita memang memantau pemimpin Pas untuk memastikan mereka menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan baik dan berwibawa.
No comments:
Post a Comment