" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

12 March 2009

DSAI:Pakej Rangsangan Tidak Mampan

Pakej rangsangan ekonomi RM60 bilion yang diumumkan Menteri Kewangan Najib Abdul Razak pada 10 Mac lalu tidak mampan mengatasi kemelut ekonomi hari ini.

Pakej Rangsangan II ini tidak mampan kerana tidak menerapkan prinsip ketanggungjawaban dan ketelusan dalam rumusannya. Persoalan sebenar yang harus diberi perhatian ialah ketelusan dan pertanggungjawaban institusi serta memecahkan tembok psikologi rakyat terbanyak, peniaga juga pelabur agar yakin dengan pengurusan ekonomi negara.

Sebelum ini, beliau membentangkan Pakej Rangsangan II di Dewan Rakyat untuk menangani kemelesetan ekonomi. Pakej RM60 bilion ini adalah susulan kepada Pakej Rangsangan I yang dibentang tahun lalu.

Pakej Rangsangan I yang mencecah RM7 bilion dikritik hebat dan menyerlahkan keraguan atas keupayaan Najib mengemudi ekonomi negara.

Keputusan beliau untuk menggunakan caruman KWSP dan disalurkan ke firma ValueCap untuk menyelamatkan syarikat2 terpilih mencetuskan bantahan ramai pihak.

Kegagalan kerajaan Pusat melaksanakan reformasi yang sewajarnya bagi membasmi gejala rasuah dan kebocoran memburukkan lagi keadaan. Pakej Rangsangan II ini seolah-olah alat untuk menyelamatkan syarikat2 tertentu semata-mata.

Apa yang membimbangkan saya ialah peruntukkan RM10 billion untuk pelaburan modal. Adakah ini akan digunakan untuk 'bail-out' syarikat2 tertentu?

Kerajaan telah menyalur RM7 billion kepada Valuecap dimana RM5 billion dipinjam daripada KWSP. Apa dah jadi dengan nilai pelaburan yang dibuat oleh Valuecap sehingga kini?

Ketanggungjawaban, pemulihan urustadbir yang baik, dan komitmen kepada ketelusan harus menjadi komponen utama pakej rangsangan ini. Kerajaan memerlukan anjakan sikap, revolusi sikap, untuk mendapat dokongan rakyat. Jika tidak pakej ransangan ini akan dilihat sebagai usaha untuk membantu kroni yang sakit, dan monopolis yang rakus.

Saya menjangkakan ekonomi akan menguncup setinggi 5% tahun ini. Walaupun pakej rangsangan ini diagih-agihkan, perkembangan ekonomi negara akan kekal di paras negatif.

Untuk tahun 2009 perbelanjaan fiscal hanya melibatkan RM17.1 billion. Iaitu RM7.1 billion dalam pakej rangsangan I dan RM10 billion dalam pakej rangsangan II.

Berdasarkan unjuran pertumbuhan ekonomi antara (-2) hingga (-5) % dan pakej rangsangan sebanyak RM17 billion untuk perbelanjaan fiscal maka ekonomi akan mengalami pertumbuhan hanya antara -1.8% (-5 + 3.2= -1.8) hingga 1.2% (-2 +3.2=1.2) sahaja.

Perlu ditegaskan,bahawa Pakej Ransangan II ini diancam kebocoran yang serius ekoran pengagihan dana yang besar. Persoalannya bukan sekadar jumlah dana yang besar.

Ramai yang percaya menteri kewangan hanya akan menyebabkan negara berterusan mengalami krisis baik dari sudut ekonomi mahupun politik. Apatah lagi sekiranya yang bertanggungjawab untuk mengetuai pengurusan ekonomi sememangnya mempunyai rekod mengambil komisen serta terlibat dengan skandal rasuah.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA