" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

04 March 2009

Najib Bakal PM Terakhir

Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menjadi PM terakhir kerajaan BN sekiranya Timbalan Perdana Menteri itu tidak dapat memenuhi harapan rakyat selepas mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Setiausaha DAP, Lim Guan Eng berkata, Najib yang bakal ditabalkan sebagai PM ke-6 negara hujung bulan ini perlu bersedia menjayakan dan melalui lima cabaran utama sekiranya mahu rakyat menerima kepimpinan beliau, iaitu:

1) Mengembalikan amalan prinsip demokrasi di negara ini selepas kejadian di negeri Perak yang didakwa PR sebagai satu rampasan kuasa daripada kerajaan BN. Kredibiliti Najib sebagai bakal PM tercalar dengan keadaan di Perak kerana mendakwa Pengerusi Badan Perhubungan BN Perak itu adalah perancang utama kepada adegan rampasan kuasa itu.

2) Najib perlu mengembalikan kekayaan hasil bumi negara ini kepada rakyat di mana hasil kekayaan Petronas yang mengaut keuntungan beratus bilion wajar disalurkan kepada rakyat Malaysia.

3) Najib perlu bersedia untuk menghormati dan meningkatkan kualiti, kuantiti peguam dan pegawai undang-undang serta memantau proses undang-udang di negara ini. Beliau harus memastikan sesiapa sahaja terlibat dalam kes berprofil tinggi dikenakan tindakan. Contohnya isu pendedahan video Lingam, kenapa tidak ada tindakan sampai sekarang? SPRM juga perlu diperhalusi lagi kerana ketika ini suruhanjaya itu membuat penyiasatan terpilih untuk kepentingan pihak tertentu sahaja.

4) Najib juga perlu perlu bersedia membersihkan isu rasuah dan kroni2 dalam BN/UMNO. Beliau mempunyai pilihan sama ada mahu membersihkan rasuah dan kroni2 walaupun menanggung risiko melenyapkan BN/UMNO atau tidak berbuat demikian untuk menyelamatkan BN/UMNO tetapi memusnahkan negara ini.

5) Bila Najib menjadi PM nanti, beliau perlulah bersedia meletakkan perpaduan dalam negara di tahap tertinggi.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA