" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

04 March 2009

Fauzi Desak Agar Polis Mendakwanya

Ketua bahagian PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda mempertikaikan motif dan tujuan polis menyiasatnya dalam kes akuan bersumpah yang bertarikh 2 Feb lalu sedangkan akuan berkanun yang dibuatnya itu untuk tindakan SPRM. Saya amat kecewa kerana polis bertindak di luar bidang siasatan kerana pihak Najib sendiri tidak membuat laporan terhadap saya.

Sehubungan dengan ini, saya ingin menegaskan dan mendesak pihak polis yang cukup serius menyiasat akuan bersumpah saya itu, agar segera mendakwa saya di mahkamah. Saya bersedia untuk ke mahkamah di mana saya akan berpeluang mendedahkan semua bukti yang saya ada termasuk rakaman tentang perbualan dan perbincangan saya tentang isu membeli Adun2 PR yang diusahakan oleh Najib.

Saya mendesak polis agar segera mendakwa saya di mahkamah adalah kerana saya tahu pihak SPRM dan polis pasti tidak akan mendakwa Datuk Seri Najib di mahkamah terhadap apa yang telah saya laporkan.

Jadi, jika mereka mendakwa saya, itulah saja jalan yang terbaik untuk saya berdepan dengan Najib di mahkamah dan mendedahkan segala bukti2 yang ada pada saya terhadap rasuah dan pembelian Adun yang melompat parti dan menyokong BN.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA