
UPDATE: Keputusan siasatan terhadap Musa Hassan dan Gani Patail 'tidak bersalah' dimaklumkan dalam sesi soal jawab di Parlimen hari ini oleh Menteri di JPM, Nazri Aziz. Begitu lama siasatan ini berjalan, rupanya bila kes liwat DSAI ini 'wajib' dipercepatkan, hasil siasatan pun siap..!!!
Dalam laporan polis yang dibuat oleh DSAI pada 1 Julai tahun lepas lagi yang mengatakan penglibatan kedua-dua 'pegawai tinggi' itu dalam memalsukan keterangan serta menyembunyikan fakta dalam siasatan serangan fizikal terhadapnya oleh bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor daripada pengetahuan umum sehingga matanya yang lebam didedahkan di mahkamah olehnya sendiri.Berikutan itu, berlakulah aksi saman-menyaman. Pada 21 Julai tahun lepas, Musa memfailkan saman malu terhadap Anwar berhubung laporan polisnya terhadap 'ketua polis negara' itu atas dakwaan memalsukan keterangan dalam kejadian 'mata lebam'.
SPRM telah mengeluarkan kenyataannya bahawa, Peguam Negara, Ghani Patail dan Ketua Polis Negara, Musa Hassan, tidak terbabit dalam pemalsuan bukti dalam kes 'mata lebam' DSAI.SPRM dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini menyatakan keputusan itu dicapai oleh majoriti tiga panel bebas yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwaraya bagi meneliti kes berkenaan.
3 panel terbabit adalah bekas Hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan.
yeols: syabas buat SPRM diatas kecekapan badan anda dalam menyelesaikan kes2 yang melibatkan Pemimpin PR. Dengan kenyataan ini, dijamin kemarahan rakyat bertambah-tambah lagi kepada kerajaan ini. Terbukti 'kuasa ghaib' yang berkuasa sejak sekian lama dalam badan kehakiman negara masih lagi kekal.......
No comments:
Post a Comment