Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kecoh seketika apabila wakil rakyat PKR menengahkan laporan akhbar berhubung penglibatan Timbalan Perdana Menteri dengan Altantuya Shaariibuu.
Azmin Ali (Bukit Antarabangsa) membaca laporan Liberation minggu lalu yang mendakwa Najib Razak mengenali dan bergambar bersama wanita Mongolia serta Abdul Razak Baginda di Paris.
Azmin ditegur oleh Satim Diman (Seri Serdang) daripada membaca terus laporan itu.
Azmin menuduh Satim seorang "budak suruhan" ketua pembangkang Khir Toyo (BN-Sungai Panjang).
Pertikaman lidah antara kedua-duanya kemudian berjaya diredakan oleh Timbalan Speaker, Haniza Talha.
Persidangan DUN bagi penggal kedua itu dirasmikan oleh Sultan Selangor semalam.
No comments:
Post a Comment