" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

11 March 2009

EXCO Selangor Isytihar Harta Buat Tatapan Umum


Sebagai memenuhi janji kepada rakyat bagi mewujudkan sebuah kerajaan cekap dan bertanggungjawab dengan tadbir urus yang telus, Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan pengisytiharan harta anggota Exconya akan dibuka untuk tatapan umum mulai Jumaat ini.

Rakyat Selangor khususnya boleh meneliti segala maklumat mengenai aset dan harta Exco dengan melayari laman web kerajaan negeri, disini. Ini termasuk hartanah, saham, dan jumlah wang yang terlibat dalam urusan berkenaan dari tarikh mereka mengangkat sumpah jawatan pada 24 Mac 2008 sehingga kini.

Perisytiharan terbuka asset oleh barisan EXCO Selangor adalah julung kali dilakukan oleh sesebuah kerajaan negeri di Malaysia. Maklumat transaksi yang diumumkan juga meliputi sebarang pemilikan atau pelupusan asset sepanjang tempoh berkenaan.

Dalam satu kenyataan, kerajaan negeri menjelaskan objektif pengisytiharan aset itu adalah bagi memastikan pihak yang memegang jawatan tertinggi di Selangor tidak menggunakan kedudukan untuk memperolehi wang atau harta benda dengan cara yang tidak beretika atau melanggar undang-undang.

Langkah sedemikian akan membantu ahli Exco membuat setiap keputusan secara adil dan bebas dan menjaga kredibiliti kerajaan negeri. Pendedahan aset dan harta ahli Exco hanya membabitkan harta yang dimiliki EXCO selepas memegang jawatan dan tidak melibatkan asset yang dimiliki sebelumnya.

Kenyataan Pejabat Menteri Besar itu menyebut semua ahli Exco memberikan maklumat berkaitan mengikut syarat dan kebenaran Jawatankuasa Khas Kecekapan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT).


No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA