Beginikah tahap pemikiran seorang menteri pelajaran yang memandang remeh suara rakyat,sampaikan rakyat terpaksa berdepan dengan FRU sedemikian rupa hanya semata-mata mahu menunjukkan sokongan mereka membantah dasar itu?
Di sinilah bahaya kalau orang tidak berapa cerdik, lemah pemikiran, gelap dalam segala-galanya diambil menjadi menteri atas alasan dia adalah anak kepada bekas PM cucu kepada bekas pengasas UMNO. Yang sebetul-betulnya patut dipertanggungjawabkan ialah PM ketika itu (Mahathir) yang membuat dasar ini. Mahathirlah yang harus dipersalahkan. Walaupun beliau telah melepaskan jawatan PM lebih 5 tahun, beliau kena bertanggungjawab. Kalau Mahathir seorang insan dia harus merasa bersalah atas apa yang berlaku.

Kalau beliau seorang negarawan, beliau perlu merasa bersalah dan harus melakukan sesuatu. Mahathir tidak boleh 'melepas tangan' begitu sahaja selepas 'menembak mati' Bahasa Melayu. Orang yang 'memunggut jenazah' Bahasa Melayu, iaitu Hishamuddin tidak boleh dipersalahkan 100%. Dia hanya budak suruhan semata-mata. Rakyat Malaysia ternanti-nanti komen dari Mahathir diatas apa yang berlaku pada 7 Mac baru2 ini.
No comments:
Post a Comment