" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

09 March 2009

RM35 Bilion Nilai Bajet Mini Dibentang Esok?

Pakej rangsangan ekonomi kedua yang turut dikenali sebagai bajet mini, yang akan diumumkan di Parlimen esok dipercayai akan mencecah dana RM35 bilion.

Beberapa maklumat yang diperoleh menunjukkan jumlah tersebut kemungkinan sekurang-kurangnya berada dalam lingkungan RM30 bilion - melebihi angka rasmi didedahkan di Dewan Rakyat minggu lalu.

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, maklumat yang diperoleh beliau menunjukkan bajet mini ini, yang akan diumumkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, kemungkinan mencecah hampir RM30 bilon, lebih tiga ganda daripada peruntukan diumumkan sebelum ini.

"Sekarang kita dengar bahawa pelan rangsangan yang akan diumumkan esok kemungkinan bernilai antara RM25 hingga RM30 bilion yang saya dan lain-lain memikirkan bahawa diperlukan berbanding dengan RM10 bilion sebagaimana diumumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan di Parlimen minggu lalu," kata beliau dalam blognya hari ini.

"Adakah kerajaan secara tiba-tiba telah menggandakan atau menaikkan tiga kali ganda jumlah pakej rangsangan ekonomi (yang pertama dana Valuecap dan yang kedua sebanyak RM7 bilion," kata Ketua Umno Gua Musang ini.

Beliau turut mengakui negara memerlukan dana yang lebih besar bagi berhadapan dengan kesan kemelesetan ekonomi dunia buat masa sekarang.

Laporan Bloomberg hari ini pula berkata, Malaysia kemungkinan akan mengumumkan potongan cukai, perbelanjaan awam dan beberapa pendekatan lain yang jumlahnya lebih daripada RM30 bilion, empat kali ganda berbanding dengan rancangan awal.

Agensi itu memetik pakar ekonomi AmResearch Sdn., Manokaran Mottain sebagai berkata, Malaysia memerlukan dana pakej rangsangan kedua sekurang-kurangnya RM33 bilion.

Khamis lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Kong Cho Ha berkata, sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi kedua atau bajet mini yang akan diumumkan esok melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM10 bilion.

Jangkaan RM10 bilion itu membabitkan RM5 bilion bagi perbelanjaan pembangunan dan selebihnya bagi perbelanjaan mengurus.

Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009 berkaitannya telah dibentangkan untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat Khamis lalu.

"Pada masa ini saya rasa lima tambah lima. Ini yang dibentangkan hari ini. Semua boleh tahu 10 Mac ini," katanya.

Bacaan kali kedua rang undang-undang ini akan dibentangkan pada pukul 4 petang esok.

Keesokan hari, Ketua Menteri Pulau Pinang dan ahli Parlimen DAP, Lim Guan Eng berkata, program rangsangan kedua ekonomi bernilai RM10 billion yang dicadangkan itu terlalu kecil nilainya dan ia tidak mencukupi untuk menyelamatkan ekonomi negara.

"Bajet mini itu memang betulbetul mini dan tidak cukup untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara kerana RM10 billion itu hanya boleh menyumbang satu peratus kepada Keluaran Negara Kasar (KNK) dan untuk mencapai sasaran 3.5 peratus, RM30 billion diperlukan.

"Saya berharap kerajaan pusat boleh memperuntukkan jumlah wang yang lebih besar untuk meransang pertumbuhan ekonomi negara," katanya.

Mstar



No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA