" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

10 March 2009

Hakim Terburu-buru Pindah Kes ke Mahkamah Tinggi


Mahkamah Sesyen hari ini telah memindahkan kes perbicaraan Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi sekalipun ianya mendapat bantahan keras dari pasukan peguambela Anwar.

Peguam Sulaiman Abdullah memfailkan bantahan awal memohon keputusan tersebut didengar di hadapan Hakim SM Komathy Suppiah namun ditolak oleh Hakim Rozana Ali Yusoff.

Rozana merupakan hakim yang mendengar prosiding di Mahkamah Sesyen hari ini memandangkan Komathy dilaporkan sedang bercuti.

Peguamcara II, Yusof Zainal Abiden telah memohon supaya kes tersebut dipindahkan selepas hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Zabidin Md Diah memutuskan sijil pemindahan kes yang ditandatangan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, boleh diterima di bawah Seksyen 418A Kanun Prosedur Jenayah.

Bagaimanapun, Sulaiman berhujah bahawa di bawah seksyen tersebut, kes berkenaan sepatutnya dijalankan di hadapan hakim yang mendengarnya (Komathy).

Sementara itu, Yusof berhujah bahawa mahkamah harus memindahkan segera kes tersebut kerana Rozana hanya membantu dan mahkamah harus menerima apa juga perintah atau penghakiman yang telah dibuat.

Sulaiman pula membantah dan mengulangi bahawa seksyen berkenaan memberi arahan khusus bahawa kes itu disebut di hadapan hakim yang mendengarnya (Komathy).

Rozana bagaimanapun menolak bantahan Sulaiman dan berkata bahawa perintah telah dibuat dan oleh itu, mahkamah tidak perlu lagi menunggu Komathy balik bertugas.

Beliau juga berkata tidak wujud prejudis terhadap kes tersebut jika ia dipindahkan ke Mahkamah Tinggi hari ini.

Dalam satu kenyataan, Anwar menyatakan keputusan tersebut merupakan satu bentuk ‘pendakwaan politik’.

Tegas beliau, fokus utama kini ialah tentang pergolakan politik di Perak serta tiga pilihan raya kecil yang akan diadakan di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai.

Anwar turut mempersoalkan tindakan hakim yang kelihatan cukup terburu-buru untuk memindahkan kes perbicaraan tersebut.

Pada 6 Mac lalu, notis rayuan berhubung keputusan Hakim Zabidin — yang membenarkan permohonan pemindahan perbicaraan ke Mahkamah Tinggi oleh pasukan pendakwaan – telah difailkan oleh pasukan peguambela Anwar di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dan Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan.

Sementara itu pada 7 November tahun lalu, Hakim Komathy menolak permohonan untuk memindahkan kes tersebut, sambil berkata “kes ini menimbulkan situasi yang unik di mana sebarang pembabitan Abdul Gani Patail dalam kes ini akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kehakiman kes jenayah”.

Komathy juga dilapor berkata, terdapat persefahaman bahawa Abdul Gani Patail tidak akan terbabit dalam kes ini. Jaminan itu diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad selepas ditemui Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Abdul Gani masih disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR), ekoran laporan polis yang dibuat oleh Anwar yang mendakwa berlaku pengubahan bahan bukti dalam kes ‘mata lebam’ pada 1988.

Perbicaraan ditangguh ke tarikh 1 hingga 24 Julai akan datang dan jaminan bon peribadi dilanjutkan sepanjang prosiding.


PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA