" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

09 March 2009

GMP Nafi Didalangi Pihak Tertentu

GMP menafikan didalangi pihak tertentu termasuk pembangkang dalam usaha gerakan itu membantah pelaksanaan PPSMI.

Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad berkata, "apa yang berlaku pada perhimpunan membantah PPSMI Sabtu lepas adalah di luar bidang kuasa GMP dan kami menganggap mereka yang datang adalah untuk menyatakan sokongan mereka.

Tiada dalang di sebalik apa yang berlaku, kami bukan wayang kulit yang dimainkan oleh tukang cerita...yang datang berhimpun adalah penyokong, saya tak mahu dikatakan boneka. Ini nampaknya seperti satu penghinaan".

Beliau berjaya menjarakkan Rakyat dengan Kerajaan


Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam bahawa perhimpunan Sabtu lepas didalangi pembangkang berdasarkan penyertaan beberapa pemimpin mereka pada demonstrasi jalanan itu.

Beliau menambah, "gerakan ini bukan sebuah gerakan yang berunsurkan politik malahan mempunyai prinsip asas iaitu mengembalikan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia. Sehubungan dengan itu, GMP akan mengadakan pertemuan dengan PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam masa terdekat sebelum Perhimpunan Agung Umno hujung bulan ini bagi menjelaskan pendirian gerakan ini sebagai sebuah jawatankuasa yang aman.

Kami mahu Pak Lah selesaikan isu PPSMI segera sebelum isu ini jadi lebih berat, kami berniat baik dalam memperjuangkan prinsip mahu mengembalikan dasar lama yang tiada masalah dalam sistem pendidikan negara.

Kita tidak menentang penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu tetapi ingin menuntut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan iaitu Bahasa Malaysia sebagai bahasa yang menyatu-padukan rakyat yang berbilang kaum di negara ini.

Apa yang patut dilakukan kerajaan ialah mengembalikan pengajaran mata pelajaran itu dalam Bahasa Melaysia di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda Mandarin dan Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan selain meningkatkan kualiti Bahasa Inggeris di kalangan guru dan pelajar".

yeols: Tahniah kerana berjaya menjarakkan diri anda besertakan kerajaan anda (UMNO/BN) dengan ribuan rakyat yang hadir mempersoalkan mengenai penggunaan Inggeris untuk Sains dan Matematik. Kehadiran mereka yang di katakan oleh Hisham di pengaruhi sentimen politik hanya memperkecilkan mereka yang hadir termasuk mereka yang sebenarnya intelek dalam persoalan bahasa dan pendidikan. Sehingga ke hari ini kebanyakan intelektual termasuk penggiat seni dan budaya menolak PPSMI dan penolakan ini mempunyai kehadiran asas2 yang kukuh.

Beliau yang terkenal dengan jeritan memegang keris
sebelum ini gagal memberi reaksi yang di terima terus memberi reaksi yang serupa dalam mengatakan bahawa PPSMI adalah dalam peringkat terakhir kajian dan akan di serahkan kepada kabinet untuk membuat keputusan. Sementara itu rakyat yang bangkit untuk menentang PPSMI pula memberi justifikasi bahawa perjuangan mereka adalah perjuangan untuk terus memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu dan maruah Melayu itu sendiri.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA