" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

09 March 2009

Siapa Sebenarnya Dalang PPSMI ?

Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar mempersoalkan keenganan kerajaan BN memansuhkan PPSMI.

"Siapa sebenarnya dalang yang mahukan dasar PPSMI ini, hinggakan Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein takut memansuhkannya? Saya menyokong kenyataan Pengerusi GMP, Dato' Hassan Ahmad yang menyatakan tiada dalang dalam himpunan aman 100,000 rakyat membantah PPSMI pada sabtu lalu. Ketika mula2 ia dicadangkan oleh bekas PM, Tun Dr Mahathir lagi, PAS sememangnya menentang pelaksanaan tersebut.

Sudah 6 tahun pihak kami membantah dasar ini. Namun kerajaan UMNO/BN nampaknya masih tidak mengendahkannya. Kini kami terpaksa berhimpun menunjuk perasaan secara aman bagi menyatakan bantahan kami kerana Hishamuddin mahupun kerajaan tidak mendengar rintihan rakyat."

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA