Datuk Paduka Ibrahim Ali (Tok Him) - Ahli Parlimen Pasir Mas
Saya tidak bercadang merujuk kembali dengan UMNO mahupun PAS buat masa ini kerana kedua-dua parti itu telah mengorbankan prinsip dan ideologi asal masing2. PAS dulu dan sekarang lain, begitu juga UMNO. Saya menyertai kedua-dua parti itu satu ketika dulu kerana pemikiran mereka sealiran dengan saya dalam memperjuangkan bangsa, agama dan negara. Lagipun UMNO dan PAS masing2 dah ceraikan saya dengan 'talak 3'. Biarlah saya kekal bebas. Biarlah saya ibarat berada di laut, untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
Saya terguris dengan desakan PAS Kelantan supaya meletak jawatan dan saya menganggapnya sebagai satu penghinaan. Buat masa ini saya tidak mahu sertai mana2 parti politik. UMNO mempunyai masalah dalaman, ramai ahlinya secara terbuka membidas pemimpin2 mereka sendiri. PAS pula bekerjasama dengan PR dan dasar PR tidak sehaluan dengan saya. Lebih baik saya kekal Bebas supaya saya bebas bersuara, apatahlah lagi ramai wakil PAS sekarang seperti sudah 'terkunci mulut'.
Dulu saya menyertai PAS kerana kagum dan menghormati Datuk Nik Aziz dan Haji Hadi Awang sebagai tokoh agama yang memperjuangkan bangsa dan agama. Malah saya pernah mencadangkan Nik Aziz menjadi calon Perdana Menteri. Tetapi sekarang, pakatan PAS dengan PR telah menjejaskan kepentingan orang Melayu dan agama Islam. Tak mungkin saya akan kembali kepada PAS.
Saya menghormati Datuk Nik Aziz dan Haji Hadi sebagai tokoh agama. Saya tak alim macam mereka, tetapi jika dibandingkan dengan pemimpin PAS lain yang Sekular, saya tidak tahulah siapa yang lebih alim.
Saya mempunyai kira2 1,500 jentera rasmi sendiri yang bertungkus lumus membantu saya menjalankan khidmat sebagai wakil rakyat di Pasir Mas. Golongan ini yang bekerja keras membantu kejayaan saya. Tanpa mereka, siapalah saya. Sehubungan itu segala keputusan yang akan dibuat mestilah dirujuk kepada mereka dulu. Saya tidak ada cita-cita untuk mengejar pangkat atau menjadi PM. Saya berkhidmat bukan untuk kepentingan peribadi, tetapi kerana bangsa, agama dan negara.
yeols: oleh kerana itu, majoriti rakyat di Pasir Mas begitu terguris dengan tingkah laku Dato' sejak kebelakangan ini....Bagi saya kemenangan Dato' baru2 ini adalah kerana PAS Kelantan telah memberi laluan kepada Dato'. Pada masa itu, rakyat begitu gembira kerana bagi mereka Dato' telah menyertai PAS. Sekarang baru mereka tahu yang Dato' hanya menumpang tiket PAS sahaja...
Dato' sedar atau tidak, rakyat Kelantan tidak rela untuk memberi laluan kepada UMNO/BN untuk menawan semula Kelantan. Ini kerana mereka adalah golongan pertama yang berani membuat REFORM..!!! Desakan PAS Kelantan agar Dato' meletak jawatan adalah jalan terbaik, bagi menentukan samada Dato' masih lagi mempunyai sokongan atau tidak di kawasan Parlimen Pasir Mas ekoran tingkah laku Dato' yang nampaknya terlebih 'bebas'......
" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?
09 March 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA
-
▼
2009
(1348)
-
▼
March
(210)
- Kenyataan Najib Mengenai Ekonomi Diragui?
- Adakah Impian Najib Jadi Kenyataan?
- Polis Keluar Fatwa
- Suara Keamanan ganti Suara Keadilan
- Kes Pengundi Hantu Di Bukit Selambau
- Isu Keluar Parti
- TDM Serba Salah
- Ezam And The Gang Kembali Lagi
- Bukit Selambau Memecah Rekod
- 3 PRK Jadi Referendum Tolak Najib
- Isu Perkauman Dijaja Di Bukit Gantang
- Lawak Pertama Bakal TPM
- Zambry Buat Buat Hal
- Bukit Gantang Terbukti Hebat!
- Mahathir Sudah Rasa Selamat Untuk Balik Rumah?
- Suasana Di Bukit Gantang Masih Cool
- Ibrahim Ali Di 'Pukul Teruk' Semalam
- Pemuda Umno Menyerang DSAI?
- 'Menjaga Tepi Kain UMNO'
- PKR Dan PAS Hantar Memo Suhakam Hari Ini!
- Khir Toyo di 'bogelkan' lagi
- Datuk Kadar dan Datuk Mazlan Mengotakan Janji
- Calon BN Kata PAS Mahu Balas Dendam
- Buku 'Saya Pun Melayu' Oleh Zaid Ibrahim
- BN Minta Pengundi Serah IC Dan No Akaun Bank?
- DSAI-Semangat Rakyat Takkan Dapat Digugat!
- Risalah Buat Renungan Perwakilan
- UMNO/BN Sudah Melampau !
- DSAI Di Kepung Polis!
- Ceramah DSAI diganggu FRU
- Calon PR Bukit Gantang Ialah Dato' Seri Nizar
- ROS Dipohon Tunda Perhimpunan Agung UMNO?
- KDN Telah Merialisasikan 'Perubahan Besar'?
- Tahniah! TGNA Akan Menjadi Blogger
- Sah! Norza Senasib Ali Rustam
- Ini Dia Pak Ya
- Najib Akan Buat Perubahan Besar?
- Jawah Gerang Calon PR Di Batang Ai
- Kuasa Bloggers Demi Kebaikan Untuk Semua
- TDM Sudah Mula Masuk Posisinya
- Isu Perletakan Jawatan YB Fairus
- Demokrasi Dalam MIC Pun Telah Mati Sama
- RM43,000 Dikumpul Bina Plak Demokrasi
- Khairy Buat Laporan Polis
- TDM:P/Lah Lemahkan UMNO
- PKR:Hasil Siasatan Minggu Depan
- PR Diramal Ambil-Alih Kuasa Pada 2009?
- Catatan Dari Dua Bukit-DSAI
- Jika BN Adil, Bicarakan Ali Rustam Di Mahkamah
- AMK Lancar 'Say No To Najib'
- Sah ! YB Fairus Letak Jawatan
- Pandangan Muhyiddin Mengenai UMNO
- Poster Menyambut Najib Di PWTC
- Kemenangan 3 PRK boleh sekat Najib jadi PM
- AMK Desak Najib Jawab Semua Persoalan Sebelum Jadi PM
- Norza Mangsa Ke-2 Reform Najib?
- Menteri Keris Nafi Ada Team A Dan B
- Kedudukan Elizabeth Wong Rabu Ini
- Mahathir Syok Sendiri Atau Dah Nyanyuk?
- Mahkamah Persekutuan Tentukan Siapa MB Perak
- Hanya Ali Rustamkah Yang Paling Hebat?
- Hj Hadi Sedia Jawab Isu 'Kerajaan Perpaduan'
- DAP Mahu SUK Perak Disiasat
- Mahathir Akan Humban Ali Rustam Keluar
- Manikumar Calon PKR Bagi DUN Bukit Selambau
- Pak Lah serah kuasa 2 April
- TGNA Yakin Rakyat Akan Terus Menolak BN
- Sejarah Peralihan Kuasa PM
- Pengumuman Calon PR Di 2 Bukit
- Usul Undi Percaya Terhadap P/Lah Bakal Berlaku?
- UMNO Semakin Bergelora
- Adnan Tidak Akan Letak Jawatan!
- Guan Eng Nafi Timbalan KM Dipecat
- Najib Kata Ali Rustam Bukan 'Kambing Korban'
- DSAI: Lembaga Disiplin UMNO Tidak Telus
- Kehancuran UMNO Menjelma Tiba
- DSAI Selar Cubaan BN Peralat Agensi Persekutuan
- Rakuskan Kuasa Sampai Guna Ilmu Hitam?
- Agong Dirayu Tidak Perkenankan Najib Sebagai PM
- Dato' Nizar:BN seperti kerajaan Attarturk
- MB Pahang Didesak Letak Jawatan
- TGNA: Keputusan Muktamar Perkukuh PR Perlu Dipertahan
- Pejabat Presiden UMNO Diceroboh Bomoh?
- Ali Rustam Kemuka Rayuan
- Kerajaan Perpaduan Melecehkan Kemenangan Islam
- DSAI:Mustahil Umno-Bn Membawa Perubahan!
- Bezanya Doto' Norza Dengan Dato' Ali
- Peperangan Dalaman UMNO Sudah Bermula
- Apa Hal Pula Dengan Ibrahim Ali ?
- Jawatankuasa Khas Tidak Konsisten
- Video Punca YB Gobind Di Hukum
- DSAI Di BCC World News
- Ali Rustam Bukti Reform Najib !
- Dato' Rozali mengkritik TGNA ?
- Karpal Dihadap Ke Mahkamah
- Gobind Dihukum Tanpa Pembelaan
- PKR Mula Siasatan Aduan Amizudin
- Gantung Keahlian,Kearah Reformasi Atau?
- KWSP Isytihar Dividen 4.50 Peratus
- Esok Karpal Akan Didakwa Di Mahkamah
-
▼
March
(210)
No comments:
Post a Comment