" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

07 March 2009

Polis Bertindak Liar !


Polis bertindak liar dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata dan pancutan air bercampur kimia untuk menyuraikan kira2 8,000 orang yang berhimpun untuk menyerahkan memorandum bantahan perlaksanaan dasar PPSMI di ibu negara.


Lebih 40 tembakan gas pemedih mata dilepaskan ke atas kumpulan itu yang cuba bergerak ke Istana Negara. Polis turut membuat pancutan air bercampur kimia ke atas orang ramai yang masih berkumpul di perkarangan Masjid Negara, sehingga melimpah masuk ke dalam kawasan masjid.


Perhimpunan menjadi tegang apabila sekumpulan lebih 1,000 orang penentang dasar itu berjaya melepasi sekatan polis dan bergerak melalui jejantas depan masjid menuju ke Kampung Attap, dekat istana. Polis kemudian bertindak melepaskan gas pemedih mata ke atas kumpulan terbabit untuk menyuraikan mereka namun, mereka berpecah kepada dua kumpulan dan meneruskan perarakan ke istana.


Tembakan gas pemedih mata juga kelihatan di lebuh raya tersebut, dekat jejantas di atas Jalan Syed Putra. Suasana menjadi kelam-kabut apabila orang ramai yang berpakaian putih sebagai lambang membantah PPSMI, bertempiaran lari. Polis turut membuat beberapa tangkapan, tetapi jumlah mereka tidak dapat dikenalpasti.


Walaupun kelihatan asap gas pemedih mata berkepul-kepul di udara, barisan peserta perhimpunan menentang PPSMI terus bergerak ke depan, dengan harapan dapat menuju Istana Negara. Mereka bersurai seketika tetapi sebahagian kecil terus berdegil dan cuba berarak semula ke Istana Negara. Mereka terus dihalang dan akhirnya bersurai.


Dalam pada itu, polis anti-rusuhan pula memancutkan air kepada orang ramai di jalan menuju Mahkamah Syariah dari arah Jalan Syed Putra. Pancutan air juga dibuat ke atas peserta demonstrasi yang cuba bergerak kembali ke Masjid Negara.



Bagaimanapun, keadaan kembali tenang selepas memorandum bantahan dasar itu disampaikan oleh Penasihat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP), Datuk A Samad Said dan pengerusinya, Datuk Dr Hassan Ahmad kepada Penolong Datuk Paduka Maharajalela, Azuan Effendy Zairakithnaini di pintu masuk utama Istana Negara kira-kira jam 2.50 petang.


Polis membuka semula laluan di Lebuhraya Mahameru dari kedua-dua arah yang ditutup bagi menghadapi sebarang kemungkinan kehadiran peserta perhimpunan tersebut. Demonstrasi anjuran Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) itu turut disertai beberapa pemimpin pakatan rakyat, termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA