MB Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dibaling botol air dan batu oleh kumpulan yang dipercayai penyokong UMNO selepas sidang tergempar Dewan Undangan Negeri.
Kejadian berlaku di luar pejabat DAP di Ipoh setelah Nizar selesai mengadakan sidang akhbar mengenai persidangan bersejarah itu yang diadakan di bawah pokok di hadapan Bangunan Dewan Undangan Negeri yang diambil alih oleh polis
Ketika memasuki keretanya, sekumpulan orang membaling botol air mineral dan batu ke arah Nizar sebelum melarikan diri.
No comments:
Post a Comment