" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

03 March 2009

Najib Tak Layak Jadi PM

Dalam perkembangan terbaru, bimbangkan tekanan dan ‘pembersihan’ kumpulan penyokong Abdullah Badawi yang akan dilakukan oleh Najib Razak sekiranya beliau menjadi Presiden UMNO tetapi tidak diberikan jawatan Perdana Menteri, maka usaha telah dilakukan oleh sekumpulan ahli UMNO yang dipercayai didalangi oleh puak Khairy Jamaluddin untuk menangguhkan perhimpunan agong UMNO yang dijadualkan akan diadakan dalam bulan Mac ini.

Selaras dengan beberapa komentar oleh penganalisa politik antarabangsa seperti yang dilaporkan oleh ‘International Press’ dan AP, adalah lebih wajar Datuk Seri Abdullah Badawi terus menerajui Malaysia sehingga pilihanraya umum Malaysia yang ke-13. Antara komen berasas yang telah diutarakan mereka adalah faktor kredibiliti dan akauntabiliti Datuk Seri Najib yang dipertikaikan oleh rakyat Malaysia.

Menurut laporan beberapa akhbar antarabangsa, reputasi Datuk Seri Najib Razak terjejas teruk akibat dirinya serta isterinya dikaitkan secara langsung dengan kes pembunuhan zalim rakyat Monggolia beberapa tahun lalu. Disamping itu, peranan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam percaturan politik belakang tabir juga turut menjejaskan nama Datuk Seri Najib.

Sekiranya hal ini benar-benar terjadi, maka pastinya para pemimpin dan penyokong tegar Datuk Seri Najib akan ‘mati’ macam katak kena salai- kering dan menjijikkan. Manakala manusia yang paling ‘murka’ dalam kes ini adalah perempuan debab Rosmah Al-Mansori.

(kerajaan rakyat)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA