Sudah sampai masa DUN Perak di bubarkan bagi mengelakkan berterusan ketegangan dan kemelut yang berlaku di negeri itu. Keadaan semakin mendesak dan tindakan mengunci pintu masuk Dewan untuk menghalang dari Dewan bersidang adalah tindakan yang tidak wajar apabila isu ini adalah isu yang melibatkan peruntukan undang-undang negeri Perak.
Keadaan keliru dan celaru di negeri Perak hanya boleh diselesaikan dengan pembubaran DUN mengadakan pilihan raya baru. Mengenai komen bekas Menteri Besar Perak bahawa sewaktu PR mendahului dengan majoriti kecil kenapa mereka tidak membubarkan DUN adalah persoalan yang berbeza. Keadaan Perak bercelaru apabila ada ahli PR yang keluar dari PRK dan DAP dan ini membentuk konflik yang berbeza. Ahli tersebut keluar bersama-sama Najib Tun Abdul Razak dan ini memberi petunjuk secara langsung bahawa UMNO ada memainkan peranan dalam isu mereka keluar dari Pakatan Rakyat.
Sultan Perak kemungkinan boleh dirayu untuk memikirkan semula keputusan beliau supaya dapat di ubah untuk bersetuju dengan pembubaran parlimen – kerana ini melibatkan kepentingan negara dan rakyatnya. Mungkin dengan melihat senario yang ada maka pembubaran DUN Perak tidak boleh ditangguhkan lagi. Kemungkinan juga langkah yang bijak untuk UMNO di bawah Najib Tun Razak bangkit untuk turut bersetuju dengan pembubaran parlimen agar kedudukan Perak dapat di selaraskan semula.
Perlu diambil adalah kepentingan Perak dan kemungkinan penyelesaian perlu dibawa kepada rakyat semula. Ini mungkin adalah jalan terakhir dan mungkin jalan yang paling baik dari tindakan seperti mengunci dan menghalang masuk anggota DUN yang memberi kesan negatif kepada Menteri Besar Perak (BN) Dr Zambry Kadir.
No comments:
Post a Comment