Anak kepada tokoh veteran DAP Karpal Singh itu menyentuh mengenai kes kematian mengejut A Kugan, seorang pemuda berusia 22 tahun yang ditahan polis berhubung siasatan sindiket curi kereta mewah pada 20 Januari lalu. Beliau meminta Najib menjawab sama ada mereka yang terbabit dengan kematian Kugan akan di dakwa ataupun sebaliknya.
Gobind turut merujuk kepada perbicaraan Altantuya yang berat sebelah kerana saksi penting seperti Najib tidak dipanggil oleh mahkamah untuk memberi keterangan. Tetapi seperti biasalah, Timbalan Speaker, Ronald Kiandee dengan segera cuba menyekat Gobind daripada terus bercakap atas alasan apa yang disentuh oleh Gobind tidak relevan.
Melihat Najib tidak menjawab dan sedang bangun untuk meninggalkan dewan, Gobind berkata, "saya belum habis bertanya dengan anda. Tolong duduk dan jawab soalan saya. Jawab soalan saya Pembunuh!”.
Isteri Najib, Rosmah Mansor berserta dua anak mereka juga berada di galeri awam semasa kejadian itu berlaku.
Setelah beberapa kali di minta duduk, akhirnya Gobind diperintahkan keluar dewan dan digantung dari dewan sehingga tamat sidang hari ini.
"Tuan Speaker, anda sepatutnya berasa malu atas tindakan ini," kata Gobind semasa beliau diiring pengawal keluar dari dewan.
Beliau berkata penggantungan dari menghadiri sidang dewan tidak memberi kesan terhadap beliau tetapi menegaskan soalan yang penting harus diajukan kepada pihak berkenaan.
No comments:
Post a Comment