Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan memohon perkenan untuk menghadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah bagi menyembahkan 3 usul yang telah diluluskan pada persidangan DUN di bawah pokok Selasa lepas.
Beliau berkata, "Sebelum ini kita sibuk dengan kes mahkamah, esok cuti, jadi Selasa ini kita akan hantar surat kepada Sultan Perak. Saya akan menghadap Tuanku sebaik saja mendapat lampu hijau."
3 usul yang diluluskan pada persidangan tergempar itu ialah:-
1) menyatakan sokongan kepada Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar
2) membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan
3) mengesahkan keputusan Sivakumar melarang Adun Pangkor Dr Zambry Abdul Kadir dan 6 anggota Exco Kerajaan BN daripada menghadiri persidangan dewan.

Beliau telah merasmikan tugu berbentuk plak di bawah pokok hujan di Medan Istana di sini yang menjadi kawasan berlangsungnya persidangan berkenaan. Beliau juga turut menanam 5 anak pokok spesies yang sama di sebuah kawasan lapang berhampiran dan majlis itu turut disertai para pemimpin dan wakil rakyat PR.

"Pokok2 ini simbolik melambangkan
prinsip kerajaan negeri PR iaitu keadilan, amanah, ketelusan, wibawa dan kebajikan... ini juga usaha mesra alam sejajar dengan dasar menghijaukan, kita berharap Majlis Bandaraya Ipoh tidak akan mencabut pokok2 ini. Kawasan ini bakal menjadi satu daya tarikan pelancong kerana telah menjadi lokasi bersejarah." katanya.
No comments:
Post a Comment